Taekwondo adalah seni tempur mempertahankan diri. Ianya satu seni tempur yang menggunakan kaki, tangan dan minda untuk melawan musuh. Taekwondo telah dibangunkan semenjak 5,000 tahun yang lalu bersama perkembangan sejarah Korea dan beberapa nama berbeza sepanjang era tersebut. Taekwondo hari ini berkongsi beberapa persamaan elemen seni tempur ketimuran yang lain selepas mengalami evolusi.
Kelab Taekwondo kami mempunyai 10 tahun pengalaman mengajar pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Latihan Intensif
Modul latihan kepada pelajar adalah berdasarkan spesifikasi dan piawaian Taekwondo Malaysia dan juga antarabangsa.
Pengiktirafan Kelab
Kelab Taekwondo A&Z mendapat pelbagai pengiktirafan dan pelajarnya telah mencapai kejayaan di peringkat Nasional.
Jurulatih Bertauliah
Tenaga pengajar Kelab Taekwondo A&Z mempunyai pengalaman luas dan mendapat pengiktirafan daripada pelbagai peringkat.
Kelas Taekwondo Yang Disediakan oleh Kelab Taekwondo A&Z
Kelab Taekwondo A&Z menyediakan kelas pembelajaran daripada pelbagai peringkat bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga peringkat dewasa. Selain daripada itu, kami juga menyediakan perkhidmatan mengajar di Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).